Sunday 20 May 2012

rindu syahadah-Mu



Assalamualaikum



hasil karya makcik sy yg terbaru... dapatkn dipasaran..dan kpd sape2 yg masih belum mmbaca novel sblm ni iaitu Kasih ke Syurga dan Menanti Fajar Sidik masih blum terlambat memiliki novel tersebut... :)

~♥~ Sinopsis Rindu Syahadah-Mu. ~♥~

Qistina Alia gadis berdarah Inggeris merasakan ada sesuatu yang pincang dalam kehidupannya. Kemewahan yang melimpah tidak bermakna bua dirinya. Dia perlukan kasih sayang ibu bapanya yang tidak pernah ditemui sejak 19 tahun. Lantaran itu, dia nekad untuk mencari jawapan siapa ibu dan ayahnya yang sebenar.

Dalam pencariannya, Qistina terpaksa melalui pelbagai konflik yang menguji diri. Paling hebat apabila keimanannya menjadi taruhan oleh orang yang tidak dikenali. Gadis yang masih rapuh iman itu cuba untuk bertahan. Hinggalah suatu ketika, dia benar-benar tercabar tatkala diculik dan dikurung di sebuah tempat yang terlalu asing. Di situlah dia menyedari bahawa akidahnya sedang dipermainkan.

Kehadiran doktor muda, Rian Hazriq telah menjadi penguat semangat Qistina. Jejaka itu bukanlah seorang ustaz atau orang alim yang menjadi dambaannya selama ini tetapi setiap kata Hazriq telah mengusik perasaannya.

Ketika kehilangan Qistina yang penuh misteri, Hazriqlah yang paling bimbang. Dia berusaha untuk mencari gadis itu. Ada sesuatu yang mahu disampaikan kepadanya. Ia adalah tentang suara hatinya. Hazriq amat gusar seandainya semua itu telah terlewat....


No comments:

Post a Comment