Sunday 20 May 2012

rindu syahadah-Mu



Assalamualaikum



hasil karya makcik sy yg terbaru... dapatkn dipasaran..dan kpd sape2 yg masih belum mmbaca novel sblm ni iaitu Kasih ke Syurga dan Menanti Fajar Sidik masih blum terlambat memiliki novel tersebut... :)

~♥~ Sinopsis Rindu Syahadah-Mu. ~♥~

Qistina Alia gadis berdarah Inggeris merasakan ada sesuatu yang pincang dalam kehidupannya. Kemewahan yang melimpah tidak bermakna bua dirinya. Dia perlukan kasih sayang ibu bapanya yang tidak pernah ditemui sejak 19 tahun. Lantaran itu, dia nekad untuk mencari jawapan siapa ibu dan ayahnya yang sebenar.

Dalam pencariannya, Qistina terpaksa melalui pelbagai konflik yang menguji diri. Paling hebat apabila keimanannya menjadi taruhan oleh orang yang tidak dikenali. Gadis yang masih rapuh iman itu cuba untuk bertahan. Hinggalah suatu ketika, dia benar-benar tercabar tatkala diculik dan dikurung di sebuah tempat yang terlalu asing. Di situlah dia menyedari bahawa akidahnya sedang dipermainkan.

Kehadiran doktor muda, Rian Hazriq telah menjadi penguat semangat Qistina. Jejaka itu bukanlah seorang ustaz atau orang alim yang menjadi dambaannya selama ini tetapi setiap kata Hazriq telah mengusik perasaannya.

Ketika kehilangan Qistina yang penuh misteri, Hazriqlah yang paling bimbang. Dia berusaha untuk mencari gadis itu. Ada sesuatu yang mahu disampaikan kepadanya. Ia adalah tentang suara hatinya. Hazriq amat gusar seandainya semua itu telah terlewat....


setiap satu itu doa



Assalamualaikum...

kita jumpe lagi kn.. da besar2 panjang camni, da solat bertahun2..sedar xsedar ade antara kita yg msh belum jelas lg dgn makna bacaan ari2 yg kita lafazkn dlm solat... sy mngkin tergolong dlm golongan yg same...
pe kate jom kita sama2 memahami start dr arini... xkn ade perubahan dr dlm dri kita seandainya kita xcuba mengambil langkah yg pertama....

SubhanAllah...sungguh indah sebenarnya ayat2 yg kita lafazkn... 




Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan ni'mat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naiks aksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keatas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atasI brahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau
berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim didalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnyahanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, yaTuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dans ahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

try to do it slowly and continuously and u will found the miracle behind it>>>>***

my little lovely family....


Assalamualaikum


mereka segalanya.....
tiada ganti,
tiadanya sepi..

mereka segalanya...
tiada yg lebih memahami,
tiada yg lebih mengerti,
tiada yg lebih mengenali...

mereka segalanya...
sentiasa ada dihati,
sentiasa dikasihi,
lindungi mereka Ya Rabbi...

sesunggugnya aku amat mencintai....


moga ketemu lagi~ :D

kisah lucu! :DDD



Assalamualaikum


sangat menggelikan hati bila ini pertama kali ak melihat blog ak sendiri....pada mulanya aku dan kwanku suka2 saja hendak membuat blog kami sendiri... da hampir 2tahun rase yer...setelah xberjaya dan tiada keinginan lg utk meneruskannya kami membiarkan sahaja...

tiba2 hari ni ade seorg rakan menuruh aku melihat ke blog beliau n meminta ak follow blog beliau..tibe2 tertera blog aku ni sebagai follower beliau.... ingatkn da terkubur saja blog ni.... rupanya masih bernyawa...

mula la timbul minat nk menghidupkannya semula...



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHHIM~